BEBAS daripada sebarang liputan media, pelakon Afiq Muiz telah selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Pachara Apin atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya Selasa lalu. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara sederhana di sebuah masjid di Bangi, Selangor. Pernikahan Afiq mula diperkatakan ramai apabila pelakon drama, Memori Cinta Suraya itu berkongsi foto hari bahagianya dalam Instagram, sehari selepas sah bergelar suami kepada Pachara. Pasangan itu kelihatan manis menggayakan pakaian sedondon berwarna krim lembut. Berita perkahwinan mereka nyata mengejutkan ramai, memandangkan Afiq tidak pernah berkongsi hal peribadinya kepada umum. Menariknya, ramai melahirkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya