KUALA NERUS 1 Mac – Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said akan dilantik sebagai Sasterawan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, langkah itu sebagai menyahut seruan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mahu universiti awam menempatkan Sasterawan Negara di pusat pengajian tinggi bagi menghargai sumbangan golongan berkenaan. A. Samad Said Katanya, pelantikan itu sekali gus membolehkan perkongsian ilmu dan menyebar luas karya-karya beliau kepada pelajar dan masyarakat di samping membantu usaha UniSZA dalam terus memartabatkan bidang sastera negara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya