KLANG – Rancangan seorang tekong darat membawa 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyusup keluar dari negara ini secara haram gagal selepas ditahan di Batu 1, Kunci Air Buang, Tanjung Karang di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, suspek berusia 67 tahun ditahan bersama kesemua PATI berumur 22 hingga 68 tahun yang diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM). Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Khairuddin Jamal berkata, kejayaan itu hasil maklumat dan risikan pihaknya terhadap tempat tinggal PATI di sebuah rumah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya