TUNIS 10 Mac – Menteri kesihatan Tunisia, Abdel-Raouf El-Sherif meletak jawatan susulan kematian misteri membabitkan 11 bayi dalam tempoh 24 jam di sebuah hospital di ibu negara, semalam. Reuters melaporkan, Kementerian Kesihatan dan pihak pendakwa raya negeri sedang menyiasat tentang punca kematian tersebut yang mungkin disebabkan jangkitan darah. Sebelum ini, rakyat Tunisia mengadu mengenai penurunan tahap perkhidmatan sektor awam sejak kejatuhan bekas presidennya, Zine El-Abidine Ben Ali pada 2011 sekali gus membawa kepada peralihan demokratik dan krisis ekonomi negara itu. Pengkritik kerajaan menyatakan bahawa sektor awam dipercayai terbabit dengan aktiviti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya