JAKARTA 4 Mac – Indonesia memberi amaran bahawa lebih 100 orang dikhuatiri masih terperangkap dan maut dalam runtuhan lombong emas haram. Pasukan penyelamat terpaksa bergelut dengan kawasan yang curam, tanah tidak stabil serta laluan lombong sempit sejak tanah runtuh berlaku pada Selasa lalu. Meskipun operasi mencari diteruskan minggu ini, namun pihak berkuasa tidak menyebut mengenai usaha berterusan bagi mendapatkan makanan serta air kepada mangsa terselamat. Jurucakap agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah pelombong yang terbabit dalam insiden itu masih belum diketahui. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya