BEIJING 19 Feb. – Firma teknologi China dilaporkan mengumpul pelbagai maklumat peribadi melibatkan 2.6 juta penduduk di wilayah Xinjiang. Maklumat peribadi itu meliputi keturunan sehingga lokasi, menurut data bocor yang menunjukkan pengawasan meluas di wilayah berkenaan. Xinjiang memiliki ramai etnik Islam Uighur yang ditindas dan ditekan oleh pihak berkuasa keselamatan China sejak beberapa tahun ini. Menurut panel siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir sejuta etnik Uighur dan etnik minoriti berbahasa Turki di Xinjiang ditahan di dalam ‘kem pendidikan semula’. Kebocoran maklumat itu disedari minggu lalu oleh penyelidik keselamatan, Victor Gevers…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya