GEORGE TOWN – Wartawan Kanan Guan Ming Daily, Ong Beng Siang hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung laporan satu artikel yang dilaporkannya, dua tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosilah Yop membenarkan saman tersebut ditarik balik seterusnya membatalkan saman plaintif tanpa kebebasan untuknya menfailkan semula. Rosilah turut memerintahkan Beng Siang, 42, selaku plaintif membayar kos terhadap Guan Eng selaku defendan sebanyak RM40,000. Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan yang dijadual bermula pada hari ini. Terdahulu pada prosiding kes itu peguam V.Amareson…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya