PETALING JAYA 22 Feb. – Seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menoreh muka teman wanitanya awal bulan ini. Tertuduh Md. Saidul Islam, 21, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah. Berdasarkan pertuduhan, pembantu kedai telefon bimbit tersebut telah mendatangkan kecederaan parah ke atas Nur Zawati Zainal Abidin, 24, di bahagian muka dengan menggunakan senjata pisau. Kesalahan tersebut dilakukan di hadapan lift tingkat bawah Tropicana City Mall, di sini pada pukul 6.30 petang, 7 Februari lalu. Pertuduhan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya