PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen menahan 15 wanita warga asing dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran melalui aplikasi WeChat selepas menggempur sebuah premis di Bandar Puteri Puchong, Selangor, malam semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 10 wanita adalah warga Vietnam manakala lima warga Indonesia dalam serbuan bermula pukul 7 malam itu. Katanya, dua pekerja lelaki warga Myanmar dan seorang warga tempatan dipercayai menjadi penjaga dan penyelia premis turut ditahan. “Wanita berkenaan disediakan tempat tinggal di premis tersebut di mana bilik yang digunakan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya