KUALA LUMPUR 19 Feb. – Wanita PKR telah menyenarai pendek beberapa calon daripada sayap parti itu untuk dipertimbangkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan yang bakal diadakan nanti. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya amat konsisten dalam mengalakkan dan mengetengahkan calon wanita kerana masih terdapat kekurangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terdiri daripada golongan tersebut. Sehubungan itu, katanya, kepemimpinan parti harus mengalakkan lagi calon-calon wanita untuk diberi peluang menjadi pemimpin. “Wanita PKR sudah ada beberapa nama yang akan dikemukakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya