SEMENYIH – Seorang wanita amat mengharapkan jasa baik pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan hariannya. Itulah harapan yang diluahkan Rosfadilah Rosli, 42, yang ketika ini sukar untuk bergerak disebabkan masalah berat badan yang dihadapinya sejak setahun lalu. Malah, dia ketika ini terpaksa bergantung kepada tongkat untuk bergerak selain berhadapan dengan masalah pernafasan serta jantung. “Saya mempunyai masalah kencing manis selain tekanan darah tinggi. Ketika ini saya tinggal berdua dengan ibu saya, Asmah Idris, 64, yang bekerja menjual kuih secara kecil-kecilan untuk menampung hidup serta rawatan perubatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya