PUTRAJAYA 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan melakukan lawatan rasmi selama dua hari bermula esok ke Brunei Darussalam. Kunjungan itu adalah sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau ke negara-negara ASEAN selepas mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-12 pada 21 Mei tahun lalu. Menurut Wisma Putra, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diiringi oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan para pegawai kanan kerajaan. Jelasnya, beliau dijadual akan mengadap Sultan Brunei, Sultan Haji Hasanal Bolkiah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya