Populariti filem-filem berbahasa Cina (China, Taiwan dan Hong Kong) di festival filem antarabangsa serta kejayaan komersial filem individu (terutamanya yang bergenre aksi, seni pertahanan diri, dan wu-xia) telah menarik perhatian para sarjana dan peneliti sinema seantero dunia (terutamanya rantau Anglo-Amerika). Namun, istilah atau terma ‘sinema Cina’ boleh mengundang kepelbagaian maksud. Ia boleh merujuk sinema nasional bagi Republik Rakyat China, atau sinema yang mewakili masyarakat, budaya, dan bahasa kecinaan, termasuklah sinema Taiwan dan Hong Kong. Malah, ia boleh dikaitkan dengan sinema Sinophone yang melayarkan komuniti diaspora Cina (yang menggunakan pelbagai dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya