KUALA LUMPUR 21 Feb.- Walaupun pernah diserbu 10 kali oleh pihak berkuasa sebelum ini, sebuah pusat hiburan terletak di Kelana Jaya dekat sini masih tidak serik menjalankan kegiatan mereka. Kedegilan mereka itu terbukti apabila sebanyak 16 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam serbuan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor kira-kira pukul 10 malam tadi. Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 sehingga 30-an itu terdiri daripada sembilan wanita warga Thailand dan Indonesia (7). Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya