KOTA BHARU 26 Feb. – Polis merampas pelbagai jenis dadah dan sepucuk pistol jenis Revolver bernilai RM1,151,980 juta selepas menahan lima lelaki dalam dua serbuan di sini dan Rantau Pajang. Dalam serbuan pertama pada pukul 12.30 tengah malam kelmarin, sepasukan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) menahan seorang lelaki berumur 33 tahun menaiki kereta jenis Honda City yang mencurigakan di persimpangan lampu isyarat Rantau Panjang berdekatan stesen minyak Petronas. Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, hasil pemeriksaan pihak AKSEM ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai satu beg galas berwarna hitam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya