KAJANG 28 Feb. – Pengendali blog Papagomo mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu insiden pergaduhan pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil Semenyih, dua minggu lepas. Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, sebagai Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah. Mengikut pertuduhan, perbuatan itu didakwa dilakukan pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 11.05 tengahari di tepi jalan Persiaran Impian Perdana dengan maksud…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya