HULU LANGAT 19 Feb. – Masuk hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali membawa isteri untuk turut sama menyertai aktiviti lawatan kerjanya. Hari ini, Muhammad Aiman,30, membuat lawatan kerja ke beberapa rumah orang tua dan yang terlantar sakit di Kampung Sentosa di sini. Aiman kelihatan selesa dan bersemangat untuk menunaikan tanggungjawabnya mendekati masyarakat bersama-sama isterinya, Nurul Filzah Bakhtiar. Nurul Filzah,29, yang merupakan anak penyandang DUN Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor ketika ditemui pemberita meluahkan rasa bangga kerana dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya