KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang wanita yang sarat mengandung berada dalam keadaan kritikal selepas ambulans dinaikinya terbalik dalam nahas dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat, di Jalan Green, Kuching, Sarawak hari ini. Kejadian berlaku pukul 9.40 pagi dan wanita berusia 40-an itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching kerana mengalami trauma di kepala akibat impak pelanggaran berkenaan. Difahamkan, mangsa dibawa dari Sungai Maong, Batu Kawa, selepas mengadu sakit untuk melahirkan bayi selain mengalami tekanan darah tinggi. Sementara itu, rakaman kamera lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya