KUALA LUMPUR 17 Feb. – Kira-kira 80 hingga 90 peratus daripada 1.5 juta pengundi berdaftar Indonesia yang berada di Malaysia dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia pada 14 April ini. Timbalan Duta Besar Indonesia, Krishna K.U. Hannan berkata, pihak kedutaan membuka enam pusat pengundian termasuk di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah. “Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi terbanyak dengan 500,000 orang, diikuti Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas menonton siaran langsung debat Pilpres bersama lebih 200 perwakilan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya