KLANG 20 Feb. – Cubaan menyeludup al-Quran import dari Indonesia yang tidak menepati resam Uthmani dan kandungannya dieja dalam tulisan rumi ke negara ini berjaya ditumpaskan pihak berkuasa Isnin lalu. Susulan kejayaan tersebut, 5,050 naskah al-Quran meragukan itu dirampas selepas serbuan dibuat di Zon Bebas Pelabuhan Klang di sini. Dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenis al-Quran antaranya Al-Mumayyaz,Al-Hadi, An-Nur dan Al-Thayyib. Kesemua al-Quran yang diseludup di dalam 192 kotak itu tidak diisytiharkan dalam dokumen JKDM,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya