HULU LANGAT 18 Feb. -Golongan asnaf di Semenyih berharap proses bantuan sara hidup dan kewangan untuk golongan miskin dipermudahkan kerajaan. Ini kerana terdapat karenah birokrasi di peringkat pentadbiran kerajaan menyebabkan ramai golongan itu tidak menerima bantuan. Seorang suri rumah, Azizah Adnan,56, berkata, dia enggan membuat permohonan bantuan untuk ibunya, Tijah Ibrahim, 81, yang uzur dan tidak mampu berjalan kerana masalah birokrasi berlaku di peringkat kerajaan. “Malas saya nak mohon bantuan lagi. Saya diminta mengusung ibu saya untuk menunjukkan bukti bahawa dia uzur. Itu menyusahkan kami. “Sudah tiga tahun saya berhenti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya