KOTA BHARU 17 Feb. – Persepsi masyarakat terhadap mangsa perlakuan sumbang mahram mahupun ahli keluarga perlu diubah bagi memberi kekuatan dan sokongan kepada mereka untuk tampil membuat laporan. Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) negeri, Prof. Madya Dr. Zaharah Sulaiman berkata, perkara itu perlu dipandang serius memandangkan masih banyak kes sumbang mahram yang berlaku tidak dilaporkan. Beliau berkata, kebanyakan mereka tidak berani membuat laporan kerana malu untuk membuka aib keluarga selain takut kehilangan sumber pendapatan sekiranya pelaku ditangkap. “Ini kerana, pelakunya mungkin terdiri daripada bapa, abang, bapa saudara mahupun keluarga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya