GENEVA 26 Feb. – Turki dan Britain menyuarakan kebimbangan terhadap penganiayaan yang dilakukan China terhadap etnik Uighur dan penduduk Islam lain di rantau Xinjiang ketika sidang Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di sini. Reuters melaporkan, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menggesa Beijing melindungi kebebasan agama dan identiti budaya etnik itu. Diplomat dan aktivis mengatakan China telah bersungguh-sungguh melobi bagi mengelakkan pengawasan terhadap dasar negara itu di Xinjiang dan isu-isu hak lain dalam mesyuarat yang akan berlangsung selama empat minggu itu. Negara-negara Barat berharap kepada Turki dan anggota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya