KUALA LUMPUR 21 Feb. – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan tempoh tujuh hari kepada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) untuk mengemukakan rayuan selepas penyertaan mereka dalam kempen Liga Malaysia musim ini dibatalkan semalam. Menerusi keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL, penyertaan Perlis dalam aksi Liga Perdana dibatalkan selepas mendapati skuad Singa Utara itu tidak memiliki kewangan kukuh untuk mengharungi musim ini selain berdepan masalah tunggakan gaji pemain. Bagaimanapun MFL memberikan kelonggaran melanjutkan tarikh pendaftaran buat pemain Perlis untuk tempoh 30 hari bagi mengintai pasukan baharu memandangkan tarikh perpindahan pemain ditutup semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya