KUALA LUMPUR 17 Feb. – Pasukan Terengganu Inc., Terengganu Cycling Team (TSG) tetap mahu menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 sekalipun perlumbaan berprestij itu ditunda ke tarikh baharu 6 hingga 13 April ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farhan Abdul Wahab berkata, ini kerana misi mereka dalam edisi ke-25 itu adalah ingin mempertahankan jersi kuning yang dimenangi mereka menerusi pelumba Rusia, Ovechkin Artem. Bagaimanapun ujarnya, dia agak terkilan apabila LTdL 2019 terpaksa ditunda kerana menyebabkan TSG terlepas peluang untuk menyertai Tour de Tochigi, Jepun pada 22-24 Mac ini. “Kami sebenarnya terpaksa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya