MIAMI 19 Feb. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendesak tentera Venezuela menerima tawaran pengampunan pemimpin pembangkang, Juan Guaido atau kekal dengan pendirian untuk ‘hilang segala-galanya’ susulan keengganan Presiden Nicolas Maduro menerima bantuan kemanusian. Membawa bantuan kemanusian tersebut adalah penting untuk Guaido yang telah mengecam pemilihan semula Maduro sebagai penipuan sebelum mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden sementara pada Januari lalu dan mendapat sokongan kira-kira 50 negara. Beliau telah memberi tempoh hingga Sabtu ini kepada kerajaan Maduro untuk membenarkan misi penghantaran bantuan AS ke negara ini yang kini berdepan krisis kemanusian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya