PASIR SALAK 22 Feb. – Kira-kira 2,300 pesawah di Sungai Manik dan Labu Kubong di sini kecewa kerana bantuan subsidi baja melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkurangan berbanding yang diterima sebelum ini. Pengerusi Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik, Suib Sulaiman berkata, pesawah telah menerima bantuan 12 beg baja sebatian atau campuran dan empat beg baja urea seberat 20 kilogram setiap satu bagi keluasan sawah satu hektar. Bagaimanapun katanya, pesawah terkilan dengan bantuan tersebut kerana tidak cukup satu lagi jenis baja iaitu baja NPK tambahan sebanyak enam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya