WASHINGTON 19 Feb. – Timbalan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Rod Rosenstein yang pernah dilantik sebagai peguam khas untuk menyiasat kemungkinan wujud rangkaian kerjasama antara Rusia dengan kempen Presiden Donald Trump dijangka melepaskan jawatannya pada pertengahan bulan depan. Lapor Reuters, pegawai Jabatan Kehakiman AS memberitahu, beliau dijangka meletakkan jawatannya itu sebaik sahaja Peguam Negara baharu, William Barr mengambil alih pejabat kehakiman itu. Minggu lalu, Senat AS mengesahkan Barr sebagai Peguam Negara yang baharu. Jawatan itu pernah disandang Barr pada tahun 1990-an. Pegawai Jabatan Kehakiman itu bagaimanapun menafikan keputusan Rosenstein itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya