Tikus Australia pupus, mangsa pertama perubahan iklim - Utusan Malaysia

Tikus Australia pupus, mangsa pertama perubahan iklim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 19 Feb. – Australia secara rasmi mengumumkan tikus jenis Bramble Cay melomys pupus di Terumbu Sawar Besar menjadikan mamalia pertama dipercayai terbunuh berikutan perubahan iklim dunia. Tikus itu yang diketahui habitatnya di sebuah pulau pasir kecil terletak di utara Australia sudah tidak dikesan sejak sedekad lalu. Penyelidik dari Queensland menyatakan punca utama kepupusan mamalia tersebut ‘hampir pasti’ ekoran banjir melanda pulau pasir itu mengakibatkan kehilangan habitat tikus berkenaan. Menurut Kementerian Alam Sekitar Australia, mereka telah secara rasmi memindahkan haiwan itu ke dalam senarai ‘pupus’. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya