IPOH 25 Feb. – Tiga sahabat terlepas hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan mengedar dadah seberat 691.5 gram, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Hayatul Akmal Abdul Aziz menetapkan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Mengikut pertuduhan, S. Mathavan, 33, S. Logeswaran, 34, dan L. Kelemen dituduh secara bersama atas pertuduhan mengedar dadah seberat 207.8 gram (157.5 gram heroin, 50.3 gram monoacetylmorphines) di No. 13, Jalan Lahat Mines 15, Bandar Baru Lahat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya