MELAKA 18 Feb. – Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan berlaku pemberhentian pekerja di kaunter tiket terminal bas Melaka Sentral di sini walaupun Sistem Tiket Berpusat (CTS) dijadual akan dilaksanakan mulai 1 Mac depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab berkata, pada masa yang sama pihaknya dimaklumkan tiada pengendali syarikat bas ekspres yang beroperasi di terminal itu telah menghantar notis penamatan pekerjaan kepada pekerja mereka. Menurutnya, walaupun CTS akan dilaksanakan mulai bulan depan, beliau telah mengarahkan supaya syarikat pemilik terminal, Melaka Sentral…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya