KUALA LUMPUR 17 Feb. – Pemilikan rumah yang selesa dalam kalangan rakyat mencerminkan kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sesebuah negara yang mencapai status maju tidak memberi makna besar sekiranya rakyat masih tidak memiliki rumah dan hidup menderita. Sehubungan itu, ujarnya, kerajaan akan sedaya upaya mengotakan janji menyediakan satu juta rumah mampu milik walaupun mengalami masalah kewangan dengan menjalinkan kerjasama bersama pihak swasta. “Tidak ada makna negara maju kalau rakyat hidup menderita, hidup dalam keadaan tidak selesa, hanya dapat melihat sahaja kemajuan dicapai negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya