TAWAU 22 Feb. – Jabatan Imigresen Sabah menafikan ada melantik atau memberi kuasa kepada sebuah syarikat di daerah ini, menjalankan urusan berkaitan dokumentasi pekerja warga asing atau individu tanpa dokumen kata Pengarahnya, Datuk Musa Sulaiman. “Kami akan siasat syarikat yang mengaku mempunyai kebenaran mendokumentasi rakyat asing ini,” katanya ketika dihubungi Bernama. Difahamkan terdapat sebuah syarikat di Tawau menjalankan kegiatan mendokumentasi pekerja asing untuk sektor kilang, ladang, pembinaan, pertanian serta perkhidmatan di negeri ini. Sehubungan itu, Musa mengingatkan semua rakyat asing di negeri tidak terpedaya dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan mendokumentasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya