KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana RM90 juta dipercayai daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tidak pernah dimasukkan ke dalam akaun bank rasmi Pas. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, siasatan agensi itu sejak 6 Februari lalu tidak menemui apa-apa transaksi yang membuktikan dakwaan tersebut. “Siasatan SPRM setakat ini, tiada dana RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun (bank) Pas,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya