BANGKOK – Thailand dijangka berdepan cuaca panas dengan suhu antara 35 dan 38 darjah Celcius bermula Khamis ini hingga Mei, iaitu secara puratanya satu hingga dua darjah lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand Phuwieng Prakhammintara berkata, pihaknya mengeluarkan amaran awal kepada penduduk di negara itu agar mereka lebih bersedia menghadapi cuaca panas berkenaan. Sepanjang tempoh ini, warga emas serta kanak-kanak dinasihati sentiasa berada di dalam rumah selain minum air secukupnya bagi mengelakkan strok haba manakala yang bekerja di luar pula diminta mengambil langkah sewajarnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya