Di satu sudut ruang pameran, kelihatan seorang wanita khusyuk memerhatikan sekeping gambar yang dipamerkan. Sebaik sahaja didekati, rupa-rupanya gambar yang dilihat oleh wanita itu merupakan gambar dirinya sendiri yang sedang tersenyum di samping anak perempuannya. Memperkenalkan dirinya sebagai Citra Dewi, 47, gambar itu menggambarkan kisah hidupnya bergelar pesakit kanser. Saat disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap dua pada Disember 2016, di fikirannya hanyalah tentang kesakitan, keperitan, kesengsaraan serta kematian. Bagaimanapun, memikirkan anak kecilnya yang masih memerlukan seorang ibu, dia berazam untuk terus kuat dan tanpa berfikir panjang, Citra bersetuju untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya