KELMARIN kira-kira 500 orang berhimpun di Ipoh berkaitan kes menghina Nabi Muhammad SAW dan Sabtu lalu perhimpunan sama dianjurkan di Pulau Pinang. Malah siri perhimpunan dikatakan bakal dianjurkan lagi termasuk ke tahap besar-besaran. Bagi peserta perhimpunan itu dan juga rata-rata warganet, suspek, seorang lelaki warga emas yang kini dibebaskan dengan jaminan polis perlu dihadapkan segera ke muka pengadilan berhubung penyebaran kartun jelik menghina nabi. Jelas, kes seperti ini cukup pantas membangkitkan sentimen dan sebab itu ia dikelaskan sebagai menyentuh sensitiviti selain mudah dikeruhkan pihak tidak bertanggungjawab terutama dalam era media…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya