PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan ia tidak berubah meskipun dengan pengenalan syarikat tujuan khas (SPV) seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dakwaan dan tuduhan bahawa TH dipindahkan kepada Kementerian Kewangan adalah palsu dan tidak berasas sama sekali. “Lembaga TH telah dilemparkan dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasanya dipindahkan daripada JPM kepada Kementerian Kewangan. “Ini setelah keputusan Jemaah Menteri untuk memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan TH kepada SPV milik kerajaan,” katanya. Menurut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya