KANGAR – Seorang suri rumah berusia 28 tahun maut manakala suaminya parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok jati di Kilometer 12.8, Jalan Padang Melangit-Guar Jentik dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Farah Nurul Hassamiah Mohamed Abidan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Suami mangsa, Muhd. Hafizudin Bakar, 28, yang bekerja sebagai mekanik mengalami kecederaan patah tulang pinggul dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dekat sini. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhamad Halim Yatim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya