KUALA LUMPUR – Penyanyi nasyid Suhaimi Saad disingkirkan daripada terlibat dalam Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang bakal berlangsung pada April depan. Pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurrazey selaku penganjur konsert itu memberitahu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal itu. “Kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi Saad daripada konsert kali ini. “Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua-dua belah pihak setelah berbincang dengan teliti,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Online di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya