KHARTOUM 23 Feb. – Presiden Sudan, Omar al-Bashir mengisytiharkan darurat dalam tempoh setahun selain membubarkan Kabinet dan memecat gabenor di seluruh negara. Lapor al-Jazeera, Omar, 75, juga menggesa Parlimen menangguhkan pindaan Perlembagaan yang membolehkan beliau bertanding untuk satu lagi penggal pemilihan Presiden tahun depan. Beliau juga mengiktiraf protes yang menggegarkan pentadbirannya sejak beberapa bulan lalu dan berkata, ‘permintaan rakyat negara ini untuk kehidupan lebih baik adalah sah’. “Saya tidak henti memanggil semua pihak untuk duduk di meja rundingan,” katanya sambil menambah akan tetap memihak kepada ‘golongan belia yang mewakili masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya