JOHOR BAHRU 20 Feb. – Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka berusia 12 tahun dalam kejadian di Majidee di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut yang tular dalam media sosial. “Polis menerima laporan berkaitan kejadian dera membabitkan kanak-kanak lelaki itu semalam. “Susulan laporan itu polis menahan dua suspek iaitu bapa tiri kanak-kanak itu yang juga warga tempatan serta ibu kandungnya warga asing bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya