KUALA TERENGGANU 26 Feb. – Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) di sini bukan setakat cemerlang dalam akademik malah turut gemilang dalam pelbagai pertandingan termasuk peringkat antarabangsa sepanjang tahun lalu. Antara kejayaan dicapai sekolah agama tertua di Terengganu itu, menjuarai Pertandingan Debat Bahasa Arab Terbuka Antarabangsa 2018 selain meraih beberapa anugerah termasuk pemidato terbaik dalam pertandingan itu. Pertandingan debat itu berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama empat hari bermula 27 Julai lalu. SMAASZA diwakili oleh Imran Sulaiman, Abdullah Hakim Mohd. Nasir dan Sharifah Nur Syakirah Syed…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya