JOHOR BAHRU 19 Feb. – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian tidak perlu membuat permohonan maaf berhubung latar belakang pendidikan beliau seperti yang digesa Pengerusi UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad. Bendahari Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Mazlan Bujang berkata, ini kerana Osman sudah berlaku telus berhubung perkara itu dengan mendedahkan kepada umum. “Bagi saya beliau tidak perlu meminta maaf kerana telah pun memaklumkan perkara itu kepada umum. “Ia dah selesai, tidak perlu diperbesarkan lagi,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri. Beliau berkata demikian selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya