BAITULMUQADDIS 17 Feb. – Serangan terhadap penduduk Palestin termasuk merosakkan harta benda mereka oleh segelintir penduduk Yahudi di kawasan penempatan haram di Tebing Barat dilaporkan semakin meningkat tahun ini. Wafa News melaporkan, secara purata sebanyak tujuh serangan dilakukan terhadap penduduk Palestin berbanding lima kes pada 2018 dan tiga pada tahun sebelumnya. Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), kegiatan vandelisme dan merosakkan tanaman di kawasan penempatan penduduk Palestin dilakukan oleh penduduk Yahudi serta pihak berkuasa Israel. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya