WASHINGTON 26 Feb. – Seramai 35 militan al-Shabaab maut dalam serangan udara terbaharu di Somalia kelmarin. Portal berita Australia, news.com.au melaporkan, perintah ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di benua Afrika mengatakan serangan tersebut menyasarkan kumpulan militan tersebut yang sedang berpindah ke kawasan pedalaman. Pusat Arahan Afrika AS dalam satu kenyataan berkata, serangan dilakukan kelmarin berhampiran Beledweyne, Rantau Hiran. Al-Shabaab mahu menggulingkan kerajaan lemah Somalia disokong PBB dan melaksanakan undang-undang syariah. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya