LAUSANNE 19 Feb. – Juara Olimpik acara 800m, Caster Semenya dari Afrika Selatan akan mencabar peraturan baharu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang memaksanya menurunkan tahap testosterone di dalam tubuhnya. Kerajaan Afrika Selatan menyifatkan peraturan yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) adalah ‘pencabulan hak asasi manusia yang memalukan’ dan menjadikan Semenya sebagai sasaran. Undang-undang baharu yang penuh kontroversi itu akan memaksa atlet hyperandrogenic (atlet wanita yang memiliki kandungan hormon lelaki berlebihan) atau jantina meragukan untuk mengambil ubat khusus untuk merendahkan kandungan testosterone di dalam badan mereka. Peraturan baharu yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya