Sekitar setahun lalu industri hiburan negara dikejutkan dengan penahanan reman aktor, Datuk Farid Kamil. Dia berdepan empat tuduhan iaitu mendatangkan kecederaan kepada orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara. Farid yang membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, bagaimanapun terpaksa melalui pengalaman pahit meringkuk di dalam lokap bagi membantu siasatan. Landskap kehidupan pemilik nama sebenar Farid Kamil Zahari, 38, nyata berubah selepas dirinya dihantui kesemua kes berkenaan. Bukan sahaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya