PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) menolak dakwaan bahawa pihaknya bakal merehatkan ketua jurulatih, B. Sathianathan berikutan prestasi hambar Red Giants dalam saingan Liga Super musim ini. Selangor masih gagal mencatat sebarang kemenangan pada tiga perlawanan awal selepas seri dua kali dan terbaru dimalukan pasukan ‘adik’, PKNS FC dengan keputusan 0-4 di Stadium Shah Alam Ahad lepas. Situasi itu mula mencetuskan spekulasi bahawa ‘jodoh’ Sathianathan bersama Selangor kini ‘ibarat telur di hujung tanduk’ selepas khabar angin mengatakan FAS telah menghantar surat amaran kepadanya selain bakal merehatkan bekas jurulatih skuad kebangsaan itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya