Tatkala melangkah masuk ke Kopitiam Kita, keharmonian pelanggan pelbagai kaum dapat dilihat dengan jelas. Ada pelanggan yang berkeluarga dan ada pula datang bersama rakan-rakan. Sama ada saling mengenali atau tidak, sama kaum dan agama atau sebaliknya, masing-masing tidak kisah untuk duduk semeja. Agak riuh, namun bila diamati bukan sahaja loghat Kelantan yang kedengaran, malah pelbagai loghat dan bahasa Melayu, Cina, Tamil, Siam dan Inggeris turut kedengaran. Sejak dibuka kira-kira 14 tahun lalu, kopitiam yang terletak di Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa itu bukan sahaja muncul sebagai kedai makan kegemaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya